Label Cloud

Kenangan lalu.... dulu2...

Assalamulaikum w.b.t;

ari tu my bro tagged satu gambar kenangan keluarga... taraaa...

gambar ini mengingatkan zaman kecil saya...

di sini la saya dibesarkan... guess what?? ini laa rumah lama kami.. umah ni kalau tak silap berusia 32 tahun.. sama umur dengan my bro Maxwiller... saya tak dilahirkan di rumah ini, tapi masa kecil saya banyak dihabiskan di umah ni... nampak usang kann.. dan daif...

yaa.. itu la kehidupan lampau saya. bayangkan mak dan bapa saya membesarkan 10 orang anaknya di rumah ini. waa tentu korang rasa mustahil kann. tapi ini lah hakikatnya.
saya memang berasal dari keluarga serba daif. namun kami bersyukur kerana kami tidak la sampai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. kami ni kan petani, so padi memang kami tanam sendiri. jadi bekalan makanan memang tak pernah putus.
masih lagi saya ingat, setiap kali musim cuti sekolah, saya akan mengambil upah menuai padi. dengan upah yang tidak seberapa ini lah saya akan simpan dan guna untuk membiayai sekolah saya. jarang lah minta dari orang tua. lagipun memang kasihan kalau tengok mak dan bapa bersusah payah memberikan yang terbaik pada kami adik beradik.

dari segi kewangan tu memang kurang laaa... kadang2 mak pinjam kat sesapa kalau time tak ada $$$ untuk membeli keperluan umah. barang2 umah kadang2 bapa berhutang je kat kedai ????... huhuhu.. selalunya saya kalau perlu apa2 barang selalu pegi kedai tu, dan biasanya masuk buku 3 ~ 5 ... hehe... ikutkan memang la malu. tapi nak wat cemana kannn.. tokey kedai tu pun dah kenai ngan keluarga kami ni. kadang2 juga kalau saya dapat upah menuai padi lebih sikit, saya akan pegi bayar sikit2 hutang bapa saya tu. masa tu bapa pun tatau yg saya pegi bayar hutang. tengok tu kann,.. kecik2 lagi dah fikir pasal tanggungjawab.
bertuah adik2 yang lain start dari my bro Ego, kehidupan kami dah mula lapang sikit. semua hutang2 dah settle dan ekonomi keluarga pun makin meningkat. sebab tu la dorang ni manja sikit.. huhuhu.. nak wat keja sawah pun bertekak juga ngan mak. apa lagi adik bongsu kesayangan mak tu. huhuhu... memang manja sangat...

tiap kali mengenangkan zaman kecik2 tu, mengalir juga air mata nih. sebab terlalu banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi.

alhamdullilah berkat dorongan dan restu kedua orang tua, kehidupan kami sekeluarga kini telah berubah. walaupun tak semewah mana tapi berbeza lah dengan zaman dulu2 tu...
saya memang tidak pernah melupakan jasa kedua orang tua saya.. thanks so much tu my mom ... Julia @ Rosia Badin dan my father Mawing Gapid.. i love u all...


ini la gambar kedua orang kesayangan saya. jauh di mata dekat di hati. semoga kebahagian kami sekeluarga akan berkekalan hingga ke akhir hayat.


1 comments:

azima said...

salam..

bukan mudah utk jadi org hebat.. ujian juga kena hebat :)

 
© free template by anjunglarik