Label Cloud

D5 - Perintah Kawalan Pergerakan ~ BELI KERETA BARU ATAU TERPAKAI?

Bersawang-sawang dah blog ni pun.. 

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan ni kan... sis ni ulang alik pegi dapur.. kemas apa yang patut dan sebagainya la. iye la kan nak hilangkan bosan duduk kat umah ni ha. Padahal banyak je benda nak dibuat. Okie lah hasil mengemas umah hari ni.. Sis terjumpa satu artikel dari Harian Metro (Rabu: 17 Disember 2014) dari AKPK. Lama gile paper ni kann... 

BELI KERETA IKUT KEMAMPUAN: KERETA BARU ATAU TERPAKAI?

     Membuat keputusan sama ada mahu membeli kereta baru atau kereta terpakai adalah sangat penting terutama kepada mereka yang baru memulakan alam pekerjaan. Biasanya orang berpendapat adalah lebih bijak untuk membeli kereta baru kerana kos penyelenggaraannya jauh lebih rendah berbanding kereta terpakai. Itu mungkin nampak wajar tetapi kereta baru juga mempunyai kos intrinsik yang lain. Misalan, untuk mencegah jaminan kereta anda dibatalkan, anda perlu menghantar kereta baru anda untuk diservis ke pusat servis yang dilantik oleh pembuat kereta secara berkala. Dalam pada itu, mereka mungkin mengenakan caj yang lebih tinggi bagi servis dan alat ganti berbanding bengkel biasa anda. Faktor kos penting lain yang ramai orang kerap lupa untuk mengambil kira adalah amaun susut nilai yang lazimnya lebih tinggi bagi kereta baru berbanding kereta terpakai, lebih-lebih lagi kereta kontinental.
     Sudah tentu membeli kereta terpakai pun mempunyai masalahnya  yang tersendiri - terutamanya kos penyelenggaraan yang lebih tinggi dan kerosakan yang mungkin tidak kelihatan serta tempoh jaminannya yang sudah luput. Walau bagaimanapun, jika anda membuat keputusan untuk membeli kereta terpakai, anda dinasihati meminta seorang mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa keadan sebenar kereta itu terlebih dahulu.
     Kereta juga mesti mendapat kelulusan rekod pemeriksaan JPJ untuk memastikan kenderaan itu bukan kenderaan curi, tidak mempunyai pengubahsuaian yang menyalahi undang-undang, bukan kereta potong dan sebagainya. Hanya selepas pemeriksaan tersebut dilaksanakan, anda boleh membayar si pemilik wang deposit kereta, memandangkan kes-kes penipuan yang berleluasa pada masa ini.
     Satu lagi fakta yang perlu dipertimbangkan adalah kadar kos pembiayaan bagi kereta terpakai adalah lebih tinggi berbanding kereta baru. Walau bagaimanapun, jika anda membeli kereta secara tunai, perkara di atas tidak membawa apa-apa kesan. Memandangkan ini, jika boleh, kita harus berikhtiar untuk membeli kereka secara tunai, tanpa apa jua bentuk pinjaman, kerana kereta merupakan aset yang susut nilainya dan memgambil apa jua bentuk pinjaman bukanlah langkah yang bijak. Sudah pasti ini juga bergantung  pada kadar faedah yang dikenakan dan jumlah yang ditabung setakat ini. Namun begitu, kebanyakan orang masih mengambil pinjaman, memandangkan pinjaman tersebut dipukul rata bagi tempoh beberapa tahun.
     Mengikut kebiasaan, kita hendaklah menghadkan bayaran ansuran kereta kita dalam lingkungan 15% daripada gaji bawa pulang agar kita berada dalam kedudukan kewangan yang baik.
     Mengikut jadual, sekiranya gaji pembeli kereta adalah RM2,500, maka dia harus menghadkan amaun pinjaman keretanya kepada RM22,500 dan membayar ansuran kereta sebanyak RM375 setiap bulan.
     Langkah berikutnya adalah untuk menetapkan bayaran pendahuluan yang mampu dibayar dan dengan menambahkannya kepada amaun pinjaman tersebut, ini boleh memberikan anggaran nilai bagi kereta yang perlu dibelinya.

CONTOH PENGIRAAN:
PENDAPATAN   PERBELANJAAN  
Gaji Bawa Pulang 2500.00 Tabungan 250.00
    Premium Insuran Nyawa 250.00
    Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN 150.00
    Bayaran Ansuran Kereta 400.00
    Hadiah Kepada Ibu Bapa 400.00
    Makanan 450.00
    Petrol & Tol 250.00
    Penyelenggaraan Kereta, Cukai Jalan & Insuran 150.00
    Pakaian & Hiburan 100.00
    Bil Telefon 100.00
Jumlah Pendapatan 2500.00 Jumlah Perbelanjaan 2500.00
Nota: Gaji Bawa pulang bersih adalah tolak sumbangan KWSP & PERKESO dan Cukai
Gaji bawa pulang setiap bulan  RM2, 500.00
Ansuran bulanan yang sesuai 15% X 2,500 = 375
Tempoh pembiayaan yang dicadangkan   5 tahun
Jumlah Amaun Pinjaman 375 X 12 X 5 = 22,500.00
     
     Daripada contoh di atas, kereta terpakai berharga RM30,000 adalah pilihan terbaik. Selepas memberi bayaran muka sebanyak RM10,000 dan memohon pinjaman sewa beli berjumlah RM20,000 bagi tempoh lima tahun pada kadar faedah 4% setahun. Ansuran bulanan yang dihitung ialah RM400 {[(RM20,000 X 4% X 5) + 20,000] / 6}, jumlah komitmen pinjaman hanyalah lebih kurang satu suku (1/4) daripada gaji bawa pulang yang masih boleh diterima kerana jumlah ini tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada gaji bawa pulang. AKPK

Assalamulaikum w.b.t;

Salam 1 Malaysia...

Fuhhh... betul-betul dok dalam hutan belantara dah blog nie...

Masih lagi dalam proses mencuri waktu untuk mengemas kini blog nie..
Hari ni saja jenguk blog... nak share moment-moment sebagai seorang pendidik..



Semoga anak-anak Jupiterians 2016/2017 akan mencapai kejayaan dalam STPM 2017.

KHASIAT BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Sumber : BeritaHarian, Sabtu 21 Jun 2014

Assalamulaikum w.b.t;
Adoyai...
sudah berhabuk... bersepah blog ni yek..
lama tak ber'update'
nampak sangat la tuan tanah sibuk...

oke..
oleh kerana buat masa nie tuan tanah tengah dalam proses untuk menjaga pemakanan...
ermm... penting taww jaga makan minum nie... bukan sahaja untuk mendapatkan berat yang ideal tetapi juga untuk kesihatan badan sepanjang masa..

Hari ni saya nak kongsi tentang khasiat buah-buahan tempatan.. iya laa kebanyakan daripada kita lebih gemar buah-buahan import terutamanya epal... kerana katanya epal baik untuk proses nyah toksin..
Tapi jangan lupa... buah-buahan tempatan juga banyak khasiatnya...
Antaranya ialah:

1.  Pisang

     - Memberi sumber tenaga yang segera
     - Membantu untuk mengatasi masalah sembelit
     - Mengandungi Tryptophan, sejenis protien yang membolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin 
       yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira.
     - Boleh merangsangkan pengeluaran hemoglobin di dalam darah. Ini dapat membantu mencegah anemia.


2. Betik

     - Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar
     - Mengandungi antioksidan
     - Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan
     - Baik untuk jantung
     - Membantu dalam pemulihan luka

3.  Nanas

     - Mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, iaitu membantu menurunkan
       tekanan darah
     - Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan
       antioksidan
     - Membantu untuk membina tulang yang sihat
     - Membantu untuk mengurangkan batuk dan mencairkan lendir
     - Melindungi badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat
     - Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semula jadi
     - Membantu untuk menghalang pembentukan plak.

4.  Jambu batu

     - Baik untuk sembelit
     - Berkesan dalam menurunkan kadar kolestrol dan tahap glukosa dalam darah
     - Bahan antioksidan yang berkesan
     - Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit
     - Jus jambu batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema

5.  Tembikai

     - Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan penyakit kardiovaskular
     - Biji tembikai ialah sumber protien yang baik
     - Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit
     - Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga
     - Dapat mengawal tekanan darah

Gambar: Sumber dari google

My lovely Jupiterian...

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...


Tetiba teringat plak ngan keleteh budak2 nier..
Walaupun mempunyai pelbagai peel.. ada yang nakal.. ada yang rajin.. ada yang kejap ada kejap tak ada.... ada yang suka tunjuk macho.... ada yang sibuk atau buat2 sibuk... ermm.. memacam laa perangai..
Tapi... walaupun banyak ragam... tapi aku tetap bangga punya anak2 didik yang banyak membantu...
rindu laa pula ngan dorang nier...
Esok paper P.Am... paper ibu mereka laa. Aku harap agar mereka ni dapat menjawab dengan baik. Doaku sentiasa mengiringi kalian... Semoga kerisauan ku akan terubat dengan kejayaan kalian...

 30.10.2013 - lepas restu ilmu...

Hero2 kat depan...Sapa paling ensem??

Gaya yang paling digemari... masing2 dgn tagline sendiri... Sapa paling cute?

 Mood happy...

Bersama 'sumandak jupiterian'

Comel tak kak ton???  Ini stail belajar dari dorang laa niee...

Pra exam sebelum exam sebenar... Khusyuknya menjawab soalan kann...

Pening kepala ke menjawab soalan cikgu??

 Kalau hari2 dalam kelas macam ni kann bagusss...

SELAMAT MENDUDUKI STPM PENGGAL 3 yee...
miss uols...

 
© free template by anjunglarik