Label Cloud

KHASIAT BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Sumber : BeritaHarian, Sabtu 21 Jun 2014

Assalamulaikum w.b.t;
Adoyai...
sudah berhabuk... bersepah blog ni yek..
lama tak ber'update'
nampak sangat la tuan tanah sibuk...

oke..
oleh kerana buat masa nie tuan tanah tengah dalam proses untuk menjaga pemakanan...
ermm... penting taww jaga makan minum nie... bukan sahaja untuk mendapatkan berat yang ideal tetapi juga untuk kesihatan badan sepanjang masa..

Hari ni saya nak kongsi tentang khasiat buah-buahan tempatan.. iya laa kebanyakan daripada kita lebih gemar buah-buahan import terutamanya epal... kerana katanya epal baik untuk proses nyah toksin..
Tapi jangan lupa... buah-buahan tempatan juga banyak khasiatnya...
Antaranya ialah:

1.  Pisang

     - Memberi sumber tenaga yang segera
     - Membantu untuk mengatasi masalah sembelit
     - Mengandungi Tryptophan, sejenis protien yang membolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin 
       yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira.
     - Boleh merangsangkan pengeluaran hemoglobin di dalam darah. Ini dapat membantu mencegah anemia.


2. Betik

     - Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar
     - Mengandungi antioksidan
     - Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan
     - Baik untuk jantung
     - Membantu dalam pemulihan luka

3.  Nanas

     - Mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, iaitu membantu menurunkan
       tekanan darah
     - Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan
       antioksidan
     - Membantu untuk membina tulang yang sihat
     - Membantu untuk mengurangkan batuk dan mencairkan lendir
     - Melindungi badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat
     - Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semula jadi
     - Membantu untuk menghalang pembentukan plak.

4.  Jambu batu

     - Baik untuk sembelit
     - Berkesan dalam menurunkan kadar kolestrol dan tahap glukosa dalam darah
     - Bahan antioksidan yang berkesan
     - Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit
     - Jus jambu batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema

5.  Tembikai

     - Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan penyakit kardiovaskular
     - Biji tembikai ialah sumber protien yang baik
     - Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit
     - Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga
     - Dapat mengawal tekanan darah

Gambar: Sumber dari google

0 comments:

 
© free template by anjunglarik