Label Cloud

D5 - Perintah Kawalan Pergerakan ~ BELI KERETA BARU ATAU TERPAKAI?

Bersawang-sawang dah blog ni pun.. 

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan ni kan... sis ni ulang alik pegi dapur.. kemas apa yang patut dan sebagainya la. iye la kan nak hilangkan bosan duduk kat umah ni ha. Padahal banyak je benda nak dibuat. Okie lah hasil mengemas umah hari ni.. Sis terjumpa satu artikel dari Harian Metro (Rabu: 17 Disember 2014) dari AKPK. Lama gile paper ni kann... 

BELI KERETA IKUT KEMAMPUAN: KERETA BARU ATAU TERPAKAI?

     Membuat keputusan sama ada mahu membeli kereta baru atau kereta terpakai adalah sangat penting terutama kepada mereka yang baru memulakan alam pekerjaan. Biasanya orang berpendapat adalah lebih bijak untuk membeli kereta baru kerana kos penyelenggaraannya jauh lebih rendah berbanding kereta terpakai. Itu mungkin nampak wajar tetapi kereta baru juga mempunyai kos intrinsik yang lain. Misalan, untuk mencegah jaminan kereta anda dibatalkan, anda perlu menghantar kereta baru anda untuk diservis ke pusat servis yang dilantik oleh pembuat kereta secara berkala. Dalam pada itu, mereka mungkin mengenakan caj yang lebih tinggi bagi servis dan alat ganti berbanding bengkel biasa anda. Faktor kos penting lain yang ramai orang kerap lupa untuk mengambil kira adalah amaun susut nilai yang lazimnya lebih tinggi bagi kereta baru berbanding kereta terpakai, lebih-lebih lagi kereta kontinental.
     Sudah tentu membeli kereta terpakai pun mempunyai masalahnya  yang tersendiri - terutamanya kos penyelenggaraan yang lebih tinggi dan kerosakan yang mungkin tidak kelihatan serta tempoh jaminannya yang sudah luput. Walau bagaimanapun, jika anda membuat keputusan untuk membeli kereta terpakai, anda dinasihati meminta seorang mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa keadan sebenar kereta itu terlebih dahulu.
     Kereta juga mesti mendapat kelulusan rekod pemeriksaan JPJ untuk memastikan kenderaan itu bukan kenderaan curi, tidak mempunyai pengubahsuaian yang menyalahi undang-undang, bukan kereta potong dan sebagainya. Hanya selepas pemeriksaan tersebut dilaksanakan, anda boleh membayar si pemilik wang deposit kereta, memandangkan kes-kes penipuan yang berleluasa pada masa ini.
     Satu lagi fakta yang perlu dipertimbangkan adalah kadar kos pembiayaan bagi kereta terpakai adalah lebih tinggi berbanding kereta baru. Walau bagaimanapun, jika anda membeli kereta secara tunai, perkara di atas tidak membawa apa-apa kesan. Memandangkan ini, jika boleh, kita harus berikhtiar untuk membeli kereka secara tunai, tanpa apa jua bentuk pinjaman, kerana kereta merupakan aset yang susut nilainya dan memgambil apa jua bentuk pinjaman bukanlah langkah yang bijak. Sudah pasti ini juga bergantung  pada kadar faedah yang dikenakan dan jumlah yang ditabung setakat ini. Namun begitu, kebanyakan orang masih mengambil pinjaman, memandangkan pinjaman tersebut dipukul rata bagi tempoh beberapa tahun.
     Mengikut kebiasaan, kita hendaklah menghadkan bayaran ansuran kereta kita dalam lingkungan 15% daripada gaji bawa pulang agar kita berada dalam kedudukan kewangan yang baik.
     Mengikut jadual, sekiranya gaji pembeli kereta adalah RM2,500, maka dia harus menghadkan amaun pinjaman keretanya kepada RM22,500 dan membayar ansuran kereta sebanyak RM375 setiap bulan.
     Langkah berikutnya adalah untuk menetapkan bayaran pendahuluan yang mampu dibayar dan dengan menambahkannya kepada amaun pinjaman tersebut, ini boleh memberikan anggaran nilai bagi kereta yang perlu dibelinya.

CONTOH PENGIRAAN:
PENDAPATAN   PERBELANJAAN  
Gaji Bawa Pulang 2500.00 Tabungan 250.00
    Premium Insuran Nyawa 250.00
    Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN 150.00
    Bayaran Ansuran Kereta 400.00
    Hadiah Kepada Ibu Bapa 400.00
    Makanan 450.00
    Petrol & Tol 250.00
    Penyelenggaraan Kereta, Cukai Jalan & Insuran 150.00
    Pakaian & Hiburan 100.00
    Bil Telefon 100.00
Jumlah Pendapatan 2500.00 Jumlah Perbelanjaan 2500.00
Nota: Gaji Bawa pulang bersih adalah tolak sumbangan KWSP & PERKESO dan Cukai
Gaji bawa pulang setiap bulan  RM2, 500.00
Ansuran bulanan yang sesuai 15% X 2,500 = 375
Tempoh pembiayaan yang dicadangkan   5 tahun
Jumlah Amaun Pinjaman 375 X 12 X 5 = 22,500.00
     
     Daripada contoh di atas, kereta terpakai berharga RM30,000 adalah pilihan terbaik. Selepas memberi bayaran muka sebanyak RM10,000 dan memohon pinjaman sewa beli berjumlah RM20,000 bagi tempoh lima tahun pada kadar faedah 4% setahun. Ansuran bulanan yang dihitung ialah RM400 {[(RM20,000 X 4% X 5) + 20,000] / 6}, jumlah komitmen pinjaman hanyalah lebih kurang satu suku (1/4) daripada gaji bawa pulang yang masih boleh diterima kerana jumlah ini tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada gaji bawa pulang. AKPK

0 comments:

 
© free template by anjunglarik