Label Cloud

special dedicated to my grandmother~...

Assalamulaikum w.b.t;

Salam 1Malaysia...

Khamis lepas (22 April 2010), semasa sibuk berkursus di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland, saya mendapat sms daripada adik saya (Ballther) tentang pemergian nenek tercinta. Mendiang, yang lebih manjanya kami gelarkan 'tina Amban' atau 'nenek Labuan'. Walaupun beliau bukanlah nenek kandung kami tetapi hubungan kekeluargaan yang rapat menyebabkan kami sekeluarga memang sayanggg sangat kat dia. ooo ya gelaran nenek Labuan itu adalah disebabkan kerana mereka sekeluarga tinggal di Labuan, Sabah. Oleh kerana masa kami kecil2 dulu, ramai juga nenek saudara yang dipanggil nenek maka kami menggelarkan semua nenek dengan panggilan masing-masing supaya mudah untuk dicam.

Patutler masa sampai sahaka kat Genting, tetiba jer selesema menyerang. Ingatkan demam selesema kerana rindu kat irfan, rupa-rupanya ada sesuatu musibah yang akan melanda. Sepanjang kursus itupun saya rasa semacam jer. Malam masa tidur tu ada rasa cam sayu nak menangis pun ada. Dan bila my bro tu hantar sms, baru ler saya tau rupa-rupanya ini lah petandanya. Ermmm.. semuanya bagai mimpi, terkenang juga semasa kecil2 dulu, kami memang selalu menantikan kedatangan nenek dari Labuan untuk berkunjung ke rumah. Biasalah kan, sebab yang utama kami akan mendapat ole-ole dari nenek.

Ingatkan hari jumaat malam balik dari kursus nak amik flight emegancy... tapi tu lah masa tunggu mr hubby balik tetiba pula perut ni meragam.. cam kena foo poisoning jer... mana taknya, ari khamis petang tu kan kitaorg pegi kedai makanan kering. kat sana boleh rasa semua makanan, apa lagi rasa ler semua makanan kat sana, ada sotong kering manis, masam pedas, kiwi kering manis, buah2an kering manis dan masam , pedas pun ada juga. ermm.. bermacam perisa ada so may be semua perasa tu bergabung dan berperang dalam pewot ni. jadinya ari jumaat tu adalah kemuncaknya.. meletus ler gunung berapi. memang sakit sungguh2, tapi saya bersyukur juga lah sebab sakitnya tak datang masa dalam teksi. kalau idak.. apa ler yang jadikan. masa tu saya siap pesan kat irfan,, ummi sakit perut nak makan ubat, nanti kalau ummi terlena irfan jangan main macam2 tau, tengok tv jer.. hehehe.. kasian dia, udah ler 2 malam ditinggalkan, nak main jap ngan ummi dia, terus tak dapat. Laa ni pun kesan sakit perut tu ada lagi, tapi mungkin ada juga hikmah disebalik sakit perut tu... ia lah dah 3 ari asik makan je... mana taknya... kalau pegi kursus biasalah makan mesti 6 kali sehari kann... so bila dah sakit perut ni 1 apa makanan pun tak bleh masuk dalam perut... so minum susu jee laa supaya teman ku mr gastrik tu tak datang menyerang.
Dek kerana sakit perut tu juga plan nak balik emegency tercancel... Nak wat cemana. Kirim salam rindu jer lah ngan semua family kat Labuan.

ermmm.... ini lah bayaran yg saya dapat bila dok berjauhan dengan keluarga. Apapun saya redha dengan pemergian nenek. Moga2 rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. walaupun mereka berbeza anutan tapi saya tetap mendoakan agar roh nenek dicucuri rahmat. AMIN... Rest In Peace.






0 comments:

 
© free template by anjunglarik