Label Cloud

Happy Labour Day~

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...

Selamat hari pekerja bagi semua warga kerja sama ada staff gomen atau swasta.. Tentunya hari ini pasti melegakan bagi semua pekerja kerana mereka semua diberi penghormatan untuk meraikan hari mereka... ermm.. cuti pegi mana erk???

Walaupun semua orang kata yang bekerja ni perlu diberi pengiktirafan .... kadang kala kita lupa pada mereka yg tidak bekerja tapi still memberi peranan yang besar dalam kehidupan seharian kita. contoh??? para suri rumah... saya memang salute dengan golongan ini. mana tak nya mereka ini walaupun dikatakan suri rumah tetapi bayangkan sepanjang hari mereka berada di rumah. Bermacam pekerjaan yang mereka lakukan, bermula dari pagi.. siapkan bekfes, kemas umah, basuh kain baju, masak lunch hingga ke malam.. huhu.. penat kan. Tapi mereka ini tak pernah mengeluh. Biarpun begitu sekarang ni golongan ini sebenarnya telah ramai yg keluar dari kepompong kebiasan mereka. pernah kah anda mendengar bahawa seorang suri rumah berjaya memperolehi pendapatan 4 angka dalam sebulan? wow.. hebatkan. Ini lah suri rumah zaman moden. hehehe.. Teringin juga nak jadi cam gitu. tapi hati kecil ini kekadang rasa ragu juga. Sebab kalau di analisa suri rumah yang berjaya ini semua nya mencapai kejayaan kerana mereka ni rajin BERUSAHA.. Hah kann.. usaha tangga kejayaan. kalau sesiapa yg rasa dok goyang kaki kat umah boleh jadi kaya.. bg tau saya.. saya pun nak jadi cam gitu lah.. hua..huaa..hua...

Sepanjang ari ni saya dok umah jer.. pepagi tadi pegi Giant.. beli barang umah skit. pas tu g lunch ngan family. ermm masa ni la boleh bersama2 1 family. Nanti nx week mr hubby pegi OS lagi.. bukannya jauh sangat, tapi tu lah bebanan kerja yang membuatkan dia sering sibuk sekrang ni. Apakan daya kan, itu lah tanggungjawab seorang ketua keluarga. Kasian juga kat dia. Tapi itu lah hakikatnya. Sebagai seorang wife yang setia... hanya doa yang mengiringi nya ke mana saja dia pegi. Tapi bak kata sahabat baik saya, nasib baik ler mr hubby saya hanyak OS dalam negara sahaja,.. hhuhu betul juga kan. G pun sahabat baik saya itu lagi kurang bertuah sikit, sebabnya suami dia selalu OS juga tapi pegi ke oberc.. hah.. tu lagi laa kan. at least mr hubby kalau ada apa2 bule la saya call dia.. kalau urgent sangat buleh la dia balik juga. tapi kalau jauh di seberang lautan tu sapa yg nak jawap.. hah kannn dah susah.. Apa2pun itu bergantung kepada nasib seseorang kan. Yang penting kita redha saja.

Malam ni walaupun cuti hari pekerja tapi saya dah berazam untuk menggunting 4 pasang lagi kain my member tu... 3 pasang dah siap gunting. huhuhu.. Banyak pasang juga kain yang sedang menanti tu, tapi slow and steady lah kan. G pun dah pesan kat member tempahan ni lambat skit siapnya. minggu depan saya akan busy dengan mesyuarat agung koperasi saya. memang berdebar2 lah sebab ini ler 1st saya handle mesyuarat agung ni. Harap2 semuanya berjalan lancar. kena wat solat hajat nih. Insya Allah. Hanya pada DIA la saya selalu memohon agar semua pekerjaan ku berjalan lancar.

Ok la.. ada keja menunggu.. huhuhu.. tak abes2 keja kan....

0 comments:

 
© free template by anjunglarik