Label Cloud

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1 Malaysia...

jeng..jeng..jeng..
di kesempatan ini ingin sekali saya mencoret skit pasal Pesta Buku yang baru berlalu ari tu.. ermm.. walaupun cam dah basi tapi tak per laa ek.. sbb nyer ari ni baru saya ada masa skit nak update blog ni..

Alkisahnya...
Hari ahad lepas 1.Mei.2011, saya sekeluarga mengambil kesempatan mengunjungi Pesta Buku yang telah sampai ke kemuncaknya. Kalau nak tahu ini lah pertama kali saya datang ke Pesta Buku. Cam pelik kann... tahun ni saya berjaya memujuk mr hubby datang ke sini. Kami bertolak seawal 8.00 pagi, kerana menurut firasat kami, jalan mesti sesak, parking juga akan penuh. Kami sampai dalam lebih kurang 9.20 pagi. Masih awal tapi orang dah mula datang. Kitaorang pergi sarapan dulu. Kedai makan kat tepi bangunan PWTC tu dah penuh dengan orang. Terpaksa berebut meja.

Tepat 10.00 pagi tu dah berpusu-pusu orang datang. Sekejap sahaja gerai-gerai buku dipenuh orang. Fuhh... memang sesak gilerr... Dalam sesak-sesak tu sempat lah juga saya merembat beberapa novel kegemaran saya... Penulisnya.. ya pasti nya RAM ~ Ramlee Awang Murshid. Menambahkan koleksi saya. Menurut kakak cashier tu,,, RAM akan datang ke pesta buku ini. Waahh gembira hatiku, mungkinkan impian nak berjumpa dengan RAM akan tercapai??

Ini lah antara buku yang kitaorang beli..~


Ooyaaa.. nampak tak teddy bear kat tepi belah kanan tu?? itu laa gift yang kami dapat daripada gerai Karangkraf... setiap pembelian melayakkan pengunjung untuk membuat cabutan bertuah. Mungkin dah rezeki Irfan ( sebabnya dia yang cabut kupon ).. dapatlah Irfan seekor teddy bear daripada sumbangan geecantik.blogspot.com. Alhamdullilah kann...

Dengan pembelian sebanyak itu juga melayakkan kami mengisi satu borang peraduan teka bola. Ermmm.. sekali lagi kami minta pendapat Irfan tentang tekaan jumlah bola yang diletakkan dalam sebuah balang tu. Insya Allah... ada rezeki dapat lah sesuatu kann... Teka bola tu kami letak 305 biji bola...

Tapi yang kecewanya kann... saya tak sempat nak jumpa RAM, ainmaisarah, dan penulis-penulis lain yang saya minati. Memanglah kecewa, tapi memandangkan masa tu orang ramai dah bersesak-sesak, tambahan Irfan pun dah mula buat hal masa tu. Apa taknya... mungkin kepenatan agaknya kann. Lagipun kitaorang tak jumpa location penulis-penulis buku tu berjumpa dengan peminatnya. Nasib baik lah mr hubby janji.... tahun depan datang lagi... Yesss... itu lah yang ku tunggu-tunggu....
so apa lagi...

Jumpa lagi Pesat Buku Antarabangsa...... 2012

0 comments:

 
© free template by anjunglarik