Label Cloud

Entri yang terlambat~

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...

Aduhai.. lamanya tak jenguk umah nie. Dah bersawang2... berdebu2.. huhu.. meh laa nak sapu2 skit.. karang cian plak tetamu datang.. karang asyik terbersin2 pula ye..

Saya ingatkan cuti sekolah hujung tahun kali ini adalah masa untuk bergembira skit. iyalah kann .. cuti2 Malaysia.. kata kawan saya. Tapi apakan daya.. tahun ni kena gantikan member jaga exam. 21hb dah start STPM exam tu. Yang paling 'merana'... pusat yang saya jaga walaupun calonnya hanya 36 calon sekolah dan 19 orang calon persendirian, tapi dek kerana ada calon persendirian maka setiap hari ada subjek. So bayangkan lah kalau setiap hari ada exam alamatnya... setiap hari kena datang mengawas. Lagi satu yang harunya tu.. pengawas pusat tu hanya 3 orang sahaja. Seorang Ketua Pengawas, seorang lagi timbalan ketua pengawas dan seorang lagi pengawas biasa.. dan yang pengawas biasa tu... hari2 kena pegi bilik kebal untuk mengiring ketua pengawas ambik dan hantar balik soalan. huhu... ada haru tak???



Alkisahnya... tahun ni buat pertama kalinya Irfan ingat tentang birthday dia.. seawal bulan September ari tu dia dah ingatkan saya ngan abah dia untuk celebret hari jadi dia. Ermm... memang dah plan pun kata nak sambut kat umah jer.. panggil kawan2 dia.
Tapi malangnya.. masa 22hb tu... saya terpaksa menjaga exam, abahnya pula kerja. Kasiannyaa kat budak kecik tu. Apatah lagi.. sebelum cuti dia kata dia tak sempat nak minta no tel kawan2 dia sbb kawan2 dia tak ada telepon lagi. Terpaksalah saya pula kena pujuk dia, minta kat dia supaya tangguhkan majlis dia.. ermm.. kasihan kann.. Tahu apa kata budak kecik tu? "Ummi, tak payah lah buat hari jadi irfan, cukuplah kalau ummi belikan irfan hadiah". Alahai sedih pulak dengar dia cakap macam tu. Kebetulan ari jumaat 25hb tu kitaorang g jenjalan kat JJ untuk raikan member sorang yg pindah sekolah. Masa tu bawa ler irfan pegi pilih hadiah dia. biasalah laa dia.. semua orang pun dah bleh agak kann.. tang mana stesen kesukaannya... Last2 belikan la dia satu set mainan... Gundam katanya... aduhh kalau sayalah kann tak sanggup nak beli mainan tu sebab dia kena sambung2.. kecik2 pulak tu...

Then hujung minggu tu .. sibuk pula sebab kakak sekeluarga datang umah. dalam pada melayan tetamu datang umah.. terlupa lagi nak belikan kek hari jadi untuk irfan.. padahal sebelum tu irfan dah excited coz sepupu dia datang.. dia siap jerit ulang2 "yeye.. abg Jack nak datang, boleh lah irfan potong kek".. aduhai.. kasihannnnyeee...

minggu satu lagi... mak dan cazen plak datang umah.. uwaa. tak sempat lagi nak belikan kek untuk dia. tapi sempat juga bawa dia p jenjalan kat PD... bagi dia main istana pasir.. yang lawak nya... mula2 sampai kat pantai tu dia punyalah monyok sebab dia kata tak best kat pantai tu. lastly bila abahnya belikan dia set mainan pasir dan bawa dia pegi main pasir..tetiba seronok pulak dia.. sampai tak nak balik.. huhu...

Alkisahnya lagi... last week.. nenek dia ngan sepupu dia datang umah. Sebelum tu irfan dah excited dah.. dia ingat dia akan potong kek ari tu. malangnya abahnya pula keluar tak ingat nak belikan dia kek.. aduhaii.. kasiannnn Irfan sekali lagi... masa borak ramai2 tu.. tetiba irfan kata "Irfan lagi lah kasihan, ari jadi irfan tak ada siapa beli kek pun". alahaii.. anak ambo nie..
Ummi janji lepas ummi siapkan semua kerja ummi.. ummi bawa irfan beli kek dan potong kek, makan puas2 ye sayang...

tatatititutu..

0 comments:

 
© free template by anjunglarik