Label Cloud

Kemas kini ~

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia..

Musim cuti sekolah... semua orang pergi bercuti..
tapi saya?? memang cuti tapi kena bertapa juga kat sekolah.. hehehe sejak hari selasa kemarin saya stay kat sekolah dari pagi sampai ke petang. Kenapa erk??
Yang sebenarnya, koperasi saya dapat dana bantuan untuk pengubahsuaian. Alhamdullilah, permohonan yang saya buat telah berjaya diluluskan. Happy sangat, walaupun bukan untuk diri sendiri tapi ianya satu kepuasan pada diri saya kerana berjaya melaksanakan satu tugasan. Walaupun ramai yang tak tahu bahawa semua urusan permohonan itu saya yang buat. Hehehe.. jangan riakkk cik kiah oooii... Oklah bercerita balik tentang pengubahsuaian ini, saya cuma gunakan khidmat kontraktor sekolah, jadinya tak payah mencari kontraktor luar kan. Minggu ini mereka start kerja. Selasa kemarin, mereka datang ukur2 .. ntah apa2 tah.. walaupun dah ukur tempoh hari. Hari ini pula dorang buat pemasangan, wat soket baru dan renovate skit kaunter depan tu. Harap-harap lepas ini, pandangan pelanggan lebih luas dan dapat melihat barang jualan yang ada dalam koperasi ini. Esok tak tau pulak dorang nak wat apa. Harapan saya moga2 semua kerja siap sebelum bukak sekolah.

Mengenangkan kontraktor tu tengah buat kerja, saya pun ambil kesempatan melangsaikan segala tugasan yang patut. Marking paper ujian saya dah abes, pagi tadi. Kira markah pun sudah siap. Tugasan dan panggilan penting urusan kerja pun sudah hampir selesai, kecuali satu, confirmation kursus keterampilan bertutur badan pengawas. Surat sudah difax tengah hari tadi, jadi sekarang ni tengah menunggu panggilan daripada pegawai yang berkenaan. Sekarang ni sebenarnya tengah menanda buku latihan pelajar, tapi amik kesempatan untuk update blog nie jap. Dah lama tak menulis dari hati sendiri, asyik2 copy cerita orang lain jek kannn...

Irfan?? ermm... dia ada pagi tadi sibuk main game.. sekarang ni dia tengah round the school, jumpa budak2 sekolah yang tengah buat kelas lah, latihan koir laa, dan laa nie dia jumpa bola kat padang tu dan tengah main sendirian. Huhuhu.. ni kalau abahnya tahu, mau tak dia berleter membiarkan budak bertuah tu berlari sendirian. Insya Allah, mak cik2 kat luar tu ada dok tolong tengok2kan dia. Nampak seronok dia bermain sambil mendengar latihan kompang yang tengah berjalan. Sampai ke sini pula dengar bunyi kompang tu. Mungkin bukak sekolah ni ada apa2 program kot kat skolah, tapi setakat ni saya pun tak tahu... hehehe..

modul bab 6 pun saya dah siapkan sebentar tadi. tinggal nak print n hantar wat copy. Harap2 modul ni berguna buat budak2 bertuah tu. Kalau tak teruk laa saya nanti. Sudah bermacam cara saya cuba buat untuk tarik minat budak2 tu untuk libatkan diri dalam sumbang saran dalam kelas. Alhamdullilah setakat ini cam oke.. cuma ada juga dua tiga orang yang memang serius cakap memang tak beri perhatian dalam kelas. Ada yang sembang sesama sendiri, tanya pun tak jawap. huhu... ini lah cabaran seorang pendidik kann.. mungkin mereka rasa ilmu di dada tu sudah mencukupi kot. ermm.. selalunya saya biarkan aje.. tapi bila dah nak abes masa baru sibuk nak tanya soalan itu ini. Sekarang ni jadi kedekut laa pulak. saya biarkan mereka cari jawapan sendiri. nah kann.. rasainnn... lpas abes bab 6 ni.. dorang akan mula buat presentation. Harap2 semua nya beri kerjasama yang padu. Insya Allah..

Okelah... nak sambung kerja skit lagi nih.. Insya Allah ada masa saya sambung lagi yeek..

0 comments:

 
© free template by anjunglarik