Label Cloud

LAGI... HASIL JAHITAN

ASSALAMULAIKUM W.B.T

Salam sayang untuk semua pelanggan dan pengunjung visitmall nih...
Maaf ler sebab lama tak update blog nih...
hasil jahitan banyak.. tetapi tak sempat nak upload memandangkan kekangan masa..
terasa masa ini begitu mencemburui ku...

Apapun ..
Belum terlambat lagi saya nak mengucapkan
Salam Ramadhan buat semua yer...

Kesibukan tugas menyebabkan kurangnya masa dan peluang untuk mengemaskini blog nih.
Mana nak kerja, mana nak menjahit dan nak mengemas barang2..
17hb nih kena kuar umah nih daaa... yeaaa kena pindah umah baru...
Ok ... selamat menjamu mata yerrr.. Baju ni diserahkan kepada pemiliknya sebelum cuti sekolah pada bulan Ogos lepas. Tarikh-tarikh dalam gambar tu abaikan yer.. sebabnya tarikh dalam camera tu tak di'set'kan. Camera pinjam ler katakannn....




Ini blaus simple ditempah oleh yus... kainnya cantik... Ada dua pasang, warna biru laut dan oren.. dua-dua fesyen sama; zip belakang, tangan kembang berbelah dan belahan kiri kanan.
Buat pemiliknya, yusmahani.. moga-moga bertambah keanggunan dengan handmade dari my_de collection yer...













Cam gini ler tangan blaus tu.. hat nih blaus yang kedua. Maaf ler kualiti gambar kurang memuaskan. Kemasan tepi tangan tu saya buat jahitan halus jer..
Buat kat kedai.. (huhu.. bile le ada mesin tu)













Bahagian leher saya ikut sample yang diberi; buh lis dengan butang cheongsam sedodon dengan cale bunga kain tersebut.












Ini pula dua pasang lagi baju yus.. Baju Pesak Gantung.
Ini gambar kain nya.
Tak tunjuk dengan detail sebabnya baju fesyen ni saya dah pernah tunjuk kann. Saja jer nak tunjuk kain yang lawa nih..






Anda Berminta untuk menempah???
Sila hubungi saya melalui sms, email atau massage.
Terima Kasih

0 comments:

 
© free template by anjunglarik