Label Cloud

SALAM AIDILFITRI

Assalamulaikum w.b.t;

Belum terlambat lagi kannnn untuk ku mengucapkan salam aidilfitri buat semua pelanggan dan pembaca budiman...
Sejak tiga minggu lepas, aku memang tak dapat online. HAh kau.. ni baru dapat online sebab nya TM baru clearkan line umah. Actually, last 3 weeks aku sibuk pindah umah, then mana nak menjahit lagi. Sampaikan nak termuntah-muntah aku menengok timbunan kain baju. Huhuhu. Ingatkan muntah2 sebab benda len, ruphanya muak nengok kain baju yg bertimbun tu. Tapi bila sedikit demi sedikit timbunan itu semakin berkurangan, mood untuk menjahit terus datang semula. Dan bayangkan sepanjang bulan ramadhan, aku cuma dapat zzzzzzz dalam lebih kurang 2 jam jer sehari.
Alhamdullilah, semua kain yg pelanggan tempah untuk raya sempat dijahit dan diserahkan kepada tuan-tuan punyanya. Cuma ada beberapa pasang sahaja yang belum terjahit, tapi tak per sebab dah mention kat tuan kain yang kain boleh disiapkan selepas raya.
Buat Syuhada, akak minta maaf ler jika baju tu tangan nya terlabuh. Biasanya akak kalau buat baju lengan kembang memang amik ukuran cam gitu, setakat ini semua pelanggan2 lama berpuas hati dengan labuh tangan yang cam gitu. Tapi tak per la, kalau su nak adjust kann.. akak terima dengan besar hati.
Ermmm... ini lah dugaan yang pertama aku terima dari seorang pelanggan. Apapun aku tak amik hati, cuma anggap itu sebagai satu pengajaran dan pelajaran bagi ku yang baru bertatih dalam bidang ini.

Alhamdulllilahhh....
Hari ni selamat 4 pasang baju untuk kak norma, dan tinggal lagi sepasang untuk member.

Belum pun reda suasana syawal yang mulia ini aku mula dihujani dengan tempahan. Kali ini rasanya nak amik tempahan tudung jer kot. Huhuhu...
Itu pun dah dapat tempahan beberapa elai tudung ngan sepasang baju riau untuk mama ku yang tersayang...

Nasib baik la, tak lama lagi cuti .. So boleh la menjahit full time yerk.

Ok la, kepada semua pelanggan yang dihormati dan disayangi. Salam Aidilfitri sekali lagi. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

0 comments:

 
© free template by anjunglarik