Label Cloud

Tadika Naim ~ SUKAN

Assalamulaikum w.b.t;

Salam 1Malaysia...

Semalam, hari ahad 23 Mei 2o10... Tadika Naim mengadakan hari sukannya yang ke-20. Tadika yang terlibat adalah cawangan Andalas dan Bukit Jati. Ada lebih kurang 200 pelajar. Hah bayangkan ler cemana ramainya tu kann.. Irfan masuk acara Kanggaro bawa belon masa sukan tu. ermm.. seronok juga tengok gelagat2 budak2 tadika tu. Bila tengok mualimah2 tadika tu mengatur budak2 tu, fuhhh... baru ler terasa leganya saya sebab mengajar budak sekolah menengah.. hehehe... Mengajar budak2 6 tahun ke bawah ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Masa menunggu acara bermula, budak2 tu baik jer.. Tapi selepas perasmian dan masa persembahan ke dua-dua tadika tersebut, baru ler nampak thrill mengasuh budak tadika ni. Ada budak yang berlari keliling stadium, hinggakan mualimah tak sanggup nak kejar. Pas tu tengok ada bebudak yg dok main tengah padang, huhu masa tu kalau tengok dari astaka, padang tu memang lencan sbb hujan... hehehe.. abes ler bebudak tu..

wahh... Ya Allah... sayang cuba tengok budak2 tu, dah dok tengah padang.

Hah.. mana?? hahaha... eee... nakalnye budak2 tu, nasib le mualimah tu ek kejar budak2 tu sampai dapat.

ha'ah, kasian mualimah tu kan, tapi tengok lah yang berlari keliling stadium tu? dorang ni tak rasa penat ke?

budak2 Bie, mana nak rasa penat. Dorang tu tengah suka.

Ha'ah erk.. kalau macam gitu senakal2 irfan, rupanya ada budak yang lebih nakal dari dia kan.

Ermmm......


Sekitar gambar masa sukan tersebut:

Masa ni acara permainan bermula. Acara kanggaro bawa belon. Erk. Mana Irfan ek..

Tengok tu, Irfan tu dok sembang apa ler ngan kawan dia, sampai ternganga2 mulut dia. Atau menguap ke budak ni?


Sempat juga bertuah ni termenung, ape ler yang di menungkan tu yer. Nak tunggu perbarisan bermula ler nih.


Sibuk betul mualimah2 ni mengurus dan mengatur anak2 mereka. Huhu... sabar jer la ye..

0 comments:

 
© free template by anjunglarik