Label Cloud

Happy Father's Day ~Mawing Bin Gapid

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...

My lovely father ~ today's entry specially for him...

Happy Father's Day ~ Mawing Bin Gapid.. Wajah tua seorang bapa...

Gambar bapa nun di belakang kek semasa majlis kawin my bro Rayner Bin Mawing.. Sebelah bapa yang pakai baju kadazan tu tak len tak bukan my lovely mom...

Happy Father's Day juga untuk mr hubby yang tercinta... Thanks being father to our son...


Hari ni semua bapa dalam dunia menyambut Hari Bapa. Walaupun saya tak pernah meraikan hari ni tapi sekurang2nya saya bersyukur kerana masih mempunyai masa untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa buat bapa tersayang; Mawing Bin Gapid. Selama ini saya tak pernah mengucapkan kata2 tersebut kerana mungkin saya rasa segan kerana dah tua2 ni takkan nak wish lagi kann... Tapi tu la kata orang, semakin meningkat usia, kita akan mula memikirkan pasal kehidupan kita, kini dan masa hadapan.

tau dak??? walaupun bapa saya bukan lah seorang yang hebat, tapi bagi saya dialah yg membentuk kehidupan saya pada masa kini. Masih lagi saya ingat, kecik2 dulu saya suka sangat tidur atas perutnya yg boroi.. hehehehe.. jan marah pa.. Bapa seorang yg pendiam, dia tak suJustify Fullka nak bising2 berbeza sekali perwatakannya dengan mak. Bila mana mak membebel tentang sesuatu perkara, bapa hanya mendiamkan diri sahaja, tidak menjawab dan tidak juga melawan kata2 mak. Sifat pendiam bapa menyebabkan kami jarang berbual, dia hanya bersuara bila ada perkara penting yang nak disampaikan sahaja. Erm.. dulu saya rasa saya ni mewarisi sifat pendiam bapa. muekeke. ye ke tu??

Masa adik lelaki saya lahir pada tahun 1979... Saya lihat bapa memang sayang kat adik saya ~ Mark. Kekadang saya dan kakak jeles kat Mark sebabnya bila dia buat salah, bapa buat tak kisah jer, tapi bila saya dan kakak buat salah skit, mesti bebekas punggung dirotan bapa. huhu.. masa tu saya slalu mengadu kat nenek yang kami panggil Tina'. Saya selalu bertanya pada Tina' mengapa anak lelaki selalu dimanjakan? hehehe.... Nasib baik ler Tina' selalu memberikan reason yang masuk akal. Katanya, anak lelaki buleh buat kerja berat2, bule tolong bapa menuai padi, masuk hutan dan sebagainya. Seingat saya sejak mendengar alasan Tina' saya seperti mencuba menjadi seorang kuat seperti anak lelaki. Mungkin sebab itu lah perangai saya dulu2 ni cam ala2 tomboy kann.. huahuahua..... ~ seb bek la skg ni dah jadi wanita sejati .. kui kui kui..

Saya juga masih ingat pertama kali saya tengok bapa begitu marah... Masa tu ada ler majlis 'minum-minum' kat umah.. Ketua kampung rajin juga datang umah masa tu, Ntah apa yang berlaku menyebabkan satu pergaduhan kecil berlaku. Apa yang saya ingat, bapa mengenggam sebiji gelas sehingga gelas itu pecah.. Terkejut semua orang masa tu. Nasib baik ler ketua kampung menyabarkan bapa. Saya baru tau bahawa bapa yang pendiam kalau di'curah minyak'... lambat laun api akan marak juga.. huhu...

Satu lagi yang saya ingat, setau saya bapa seperti tak peduli dengan pelajaran anak2nya. Mula2 ya, memang saya fikir begitu. Walaupun saya berusaha untuk menjadi seperti yang diinginkan bapa, yakni selalu mendapat tempat teratas dalam kelas, tapi dia macam acuh tak acuh jerk. Sampai kadang2 saya malas nak tunjuk repot kad kat dia. Kalau budak2 lain takut nak tunjuk repot kat sebab banyak dapat 'merah'... saya pula malas nak tunjuk sebabnya walaupun saya dapat no. 1 , saya tau bapa tak akan kata apa2, dia hanya akan sign repot kad tersebut. Sedihkan.. Tapi segalanya berubah bila satu malam saya ternampak bapa sedang membelek2 buku2 dalam bega saya. Masa tu saya dan adik2 yang lain tidur dalam 1 bilik dan dalam bilik tersebut ada sebuah katil bertingkat. oleh kerana hanya da 2 orang je anak perempuan so saya dok kat katil paling atas. Malam tu saya terjaga kerana rasa cam ada cahaya kecil, ingatkan saya bermimpi tetapi bila saya buka mata, saya lihat bapa memang sedang menyelongkar beg sekolah saya dan melihat semua kerja2 sekolah saya. tak jadi saya menegur bapa. Tapi saya puas hati dan tidur dengan senyuman lebar kerana saya tau bapa memang kisah akan pelajaran anak2nya.

Terlalu banyak benda yang hendak saya kongsi tentang bapa saya. Mungkin pembaca sekalian jua mempunyai kenangan2 indah tersebut kan.

Semua kenangan ini akan tersemat dalam hati saya... Kerana saya memang SAYANG KAT BAPA.....

Happy Father's Day.... untuk bapa dan juga my mr hubby.....

0 comments:

 
© free template by anjunglarik