Label Cloud

BERMINAT ? ~~ Pinjaman TEKUN

Assalamulaikum w.b.t.;

Salam 1Malaysia....

ermmm.... balik dari keja tadi tetiba teringin nak besarkan lagi biz yang sedia ada nie.. Tatau ler bleh ke tidak. Sekarang ni pun terkial2 nak siapkan segala bagai tempahan, kadang kala ada yang terpaksa ditolak, inikan pula nak besarkan lagi biz ye.. Angan2 tu memang ada. Dan kalaulah boleh dimajukan lagi biz nie, saya kena amik pekerja la yek... Ada ler sorang tu berpotensi nak jadi pekerja saya tapi tu ler kena buat timbang tara dulu. Apa kata tengok2, lihat2 dan baca2 syarat pinjaman TEKUN : untuk lebih lanjut sila layari web tekun :

Pembiayaan TEKUN

Konsep Pembiayaan TEKUN
Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah.

Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan adalah dari RM 500.00 sehingga RM 50,000.00.

Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah antara 1 bulan hingga 5 tahun.

Cara Bayaran Balik
Para usahawan / peminjam boleh membuat bayaran balik pinjaman kepada TEKUN menerusi kaedah yang disediakan.

Caj Perkhidmatan
Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 4%.

Syarat Kelayakan Asas
  1. Bumiputera dan berumur 18 - 65 tahun.
  2. Mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  3. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pembiayaan di bawah RM5,000.00 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ] ).
  4. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak ( mobile ).
  5. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan. ( Pembiayaan sehingga RM10,000.00 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan ).
  6. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000.
Dokumen Diperlukan
  1. Borang Permohonan JPP2 yang lengkap diisi.
  2. Gambar pemohon ukuran pasport ( 2 keping).
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  4. Salinan lesen / permit / pendaftaran perniagaan yang sah.
  5. Gambar premis / tempat perniagaan ( jika perlu ).
  6. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  7. Sebut harga / cadangan / pembelian perkakasan / peralatan / ubahsuai (jika perlu).
  8. Salinan salah satu bil utiliti bagi premis/ rumah. Salinan perjanjian sewa/ surat kebenaran penyewaan premis ( Sekiranya premis disewa ).

BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT CAWANGAN TEKUN YANG BERDEKATAN DENGAN KEDIAMAN / PREMIS / LOKASI PERNIAGAAN.

Bidang-bidang Perniagaan

Bidang-bidang perniagaan / usaha niaga yang boleh diceburi oleh para usahawan adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan
  • Pelancongan / Rekreasi
  • Pemborongan
  • Pembinaan
  • Penternakan dan Akuakultur
  • Pertanian
  • Pengangkutan
  • Pendidikan
  • Peruncitan & Perdagangan
  • Pembuatan

0 comments:

 
© free template by anjunglarik