Label Cloud

2nd day Irfan ~ Alahai .. penat lah irfan..

Assalamulaikum w.b.t:
Salam 1Malaysia...

tak sempat update entry yg terkini, ngehhh.. ni kiranya entry yg dah lepaih.. jgn marah ekk..

alkisah hari kedua irfan nak pegi sekolah...
"bangun sayang... mandi nak siap pegi sekolah"
geleng kepala...
"tanak pegi sekolah.. tanak mandi".. sambil merengek2 nangis
~ aikk...
"apsal pulak? semalam irfan kata seronok kat sekolah tu?"
"irfan tak tahan lah sekolah tu lama sangat. Penat irfan tunggu.."
laa cenggitu laa pulak...
"abes tu macam mana nak jadi budak pandai kalau tak nak pegi sekolah?"
"biarlah je... "
"besar nanti irfan nak jadi apa? kalau tak sekolah mesti tak bleh masuk universiti.. tak bleh masuk universiti.. tak bleh la dapat kerja."
"tak per.. nanti besar irfan nak jadi polis"
"aikk.. nak jadi polis kena lah belajar dulu, bagi pandai2"
"tapi polis tak payah belajar lah, sbb polis tangkap penjenayah je"..
ermm.. bleh mati kutu dibuatnya..
mau tak mau.. abahnya kena ler dukung pegi masuk bilik ayaq.. sambil merengek2.. terpaksa le ummi dia juga yg mandikan dia..
"irfan kena lah pegi sekolah ye.. nanti abah ikut irfan pegi sekolah ye"
"alaaa... tak nak laa"...
"alaa irfan kan balik siang2... irfan cuba tengok abang iman ngan kakak ain.. dorang lagi lah pegi sekolah dah lah kena tukar 2 baju, balik pun dah petang"..

saya cuba pujuk dia ngan membandingkan masa persekolahan dia ngan sepupu dia yg 2 org tu.

"ha'ah lah kann... kakak ain tu balik malam kann"

legaaaa hati bila tetiba dia menjawab cam gitu... nampaknya menjadi juga pujukan ummi dia nie.

" nah kann.. irfan lagi untung.. balik siang2.. sampai umah bleh tengok tv.. main game"..

haha.. pujuk jangan tak pujuk...

dan akhirnya pada hari itu dia pegi sekolah juga.....

Dan... c abah kena lah pegi escort budak kecik tu...
petangnya..

saya tunggu irfan depan post guard sekolah. Turun je dari van ..

"ummi... hari2 macam gini ke"...
nak tergelak jg bila dengar ayat pertama dia hari ni..
"ia lah.. hari2 macam ni lah... pagi pegi sekolah pas tu balik sekolah pas tu balik umah"
"ooo... tapi irfan balik siang2kan"
"ha'ah"... hari ni kat sekolah macam mana?
"best.."
"duit belanja abah bagi irfan beli apa?'
"irfan beli air kotak 1 dan kuih donat 1... ni ada 50cen lagi baki"
"oo ok.. nanti duit baki belanja masuk dalam tabung ye"
"ha'ah.. tapi tabung irfan dah penuh"
"ok.. nanti suh abah beli".. abah jg yg beli ekk...

kat umah...
abahnya sibuk bercerita pasal irfan kat sekolah.
memula masa cikgu suruh keluarkan buku dia buat tak tau je.. kawan2 semua menulis dia menongkat dagu je.. last2 abah dia tanya, dia kata dia tak bawa buku.. huhu.. ummi juga salah ye.. sbb terlupa masukkan buku dlm beg dia. pas tu c abah pun pegi lah belikan buku untuk dia..
then masa rehat.... zuppppppppppp.... berlari sakan je dia pegi ke kantin beli donat.. pas tu pegi makan... tapi pas makan tinggalkan bekas makanan dan botol air. zappp.. pegi koperasi beli air kotak.. anehnya.. minum air kotak tu bleh plak share2 ngan kawan2 dia.. Huhuhu.....
apa lagi ummi dia pun membebel laa...
"besok, irfan jangan share air kotak ngan kawan lagi taw"
"laaa napa pula?"
"alaa.. nanti kalau kawan2 sakit nanti irfan sakit juga,... "
"mana ada"...
"ia.. adaaaa... kalau kawan2 irfan sakit... bila minum air kotak share2.. nanti air liur dia melekat kat straw.. nanti irfan pun berjangkit juga'
fuhhh.. panjang lebar juga bagi penerangan kat dia... Alhamdullilahh.. nampaknya dia faham.. Bijakkkk... cam ni lah anak ummi...

nampaknya... cabaran dan dugaan nak bagi anak rajin pegi sekolah ni maha hebat juga kan.. Ermm.. zaman millineum lah katakann...

0 comments:

 
© free template by anjunglarik