Label Cloud

Langadon oku dika

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia..

Bertemu kembali..
terlalu lama rasanya tak menjenguk umah ini. Rasa macam dah bersawang dah. Kena lah sapu-sapu abuk... mop lantai.. hekhekhek... lawoknyee..

Selepas pulang bercuti tempoh hari, tak sempat nak menjenguk blog kerana buka sekolah sahaja banyak agena yang perlu disettlekan.
Alhamdullilah... program terbesar saya dah selesai... Hari Koperasi Sekolah 2011.
Pelancaran yang dibuat pada 20 Jun 2011 berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Bebudak koperasi yang dipertanggungjawabkan untuk meng'handle' perhimpunan telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru dan pelajar yang bertungkus lumus menjayakan pelancaran tersebut.

Pada 25 Jun 2011 pula berlangsungnya aktiviti jualan gerai... Aktiviti ini berjalan serentak dengan Hari Info iaitu hari yang mana para ibu bapa datang untuk mengambil keputusan peperiksaan anak masing-masing. Sebenarnya pada minggu terakhir itu saya begitu stress. Manakan tidak... beberapa gerai luar yang saya jemput untuk membuka booth jualan telah meng'cancelkan' penyertaan mereka. Ermmm... jadinya saya cuba menjemput rakan-rakan saya. Antaranya azima shop.. kawan masa universiti dulu. Dia nie memang pakar dalam bidang jahitan. Seorang lagi Khaireen... dia ni pula rakan senegeri.. heheh.. dia nie pakar dalam pembuatan kue, bun dan sebagainya. Alhamdullilah kedua-dua rakan ini setuju untuk membuka booth jualan. Namun terkilan juga sebab pada hari tersebut, saya tidak lah dapat meluangkan masa buat mereka. Saya pun dah pesan dengan mereka, buat macam rumah sendiri.. hehehehe...

Apa-apa pun saya harapkan kedua orang rakan saya dapat lah hasil daripada booth tersebut. Kalau pun tidak dapat menjana keuntungan yang banyak, yang penting adalah pendapatan tambahan pada hari tersebut.. betul tak?

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan dan pelajar yang banyak memberi sokongan sehingga berjayanya aktiviti ini dijalankan.


Oklahh.. dah lama saya tak sentuk baby kecik saya tu.. harap2 tak merajuk...
jumpa lagi...

0 comments:

 
© free template by anjunglarik