Label Cloud

Kembara sepi sekeping hati~

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia..

Bertemu kembali...
Alhamdullilah... kali ini sempat juga saya mencoret sedikit catatan dalam rumah ini. Setelah sekian lama. Kalau baca tajuk entri ini, mungkin ramai yang cuba mengagak apa gerangan yang berlaku ke atas diri penulis ini. ihiks~... saya bertekad untuk mencoret menggunakan bahasa yang betul. Insya Allah.

Semenjak dua menjak ini , saya memang sibuk. Mana nak menguruskan anak, rumah, tempahan dan juga kerja. Oleh kerana pelajar pra U bawah telah mendaftar, maka kesibukan sebagai seorang pendidik mula terasa. Saya cuba untuk mencurahkan ilmu sebaik mungkin kepada para pelajar. Sememangnya itu lah tujuan dan tanggungjawab seorang pendidik. Namun kekecewaan melanda tatkala ilmu yang ditabur bak 'mencurah air di daun keladi'. terlalu kecewa kerana usaha gigih tidak dihargai. Latihan yang diberi juga dianggap sebagai beban. Padahal kalau diikutkan, bebanan untuk menyemak lebih berat daripada menyiapkan sesesuatu latihan. Nampak tak kekecewaan yang dialami oleh para pendidik. Ini baru sebahagian dugaan yang perlu dilalui. Ada pelbagai lagi cabaran yang menunggu. Semuanya memerlukan komitmen yang tinggi. Tambahan pula, gagasan reinformasi agak digembar gemburkan kebelakangan ini. Apakah itu? Setelah mendapat sedikit info berkenaan gagasan tersebut, saya mula terfikirkan hala tuju para pelajar pada masa akan datang. Semua orang memerlukan kasih sayang, tapi jika kasih sayang yang diberi terlampau berlebihan, adakah itu bermakna. Jangan jadi seperti cerita Anakku Sazali berlaku di dunia nyata ini.

Alamak...
nampak sangat, tekanan yang saya dan rakan seperjuangan tengah lalui kan. Apapun hidup mesti diteruskan juga.

Jam-jam sebegini sepatutnya saya sedang beradu, tapi tadi baru siap menanda latihan pelajar. Asyik beri latihan sehinggakan tiada masa untuk menyemak.
Esok pula kena siapkan langsir membe.. minggu ini mesti siap.

Sekarang ni .. balik petang kena masak. Irfan budak manja tu kata dia nak makan kat rumah sahaja. Agak kembang juga idung penyek ummi Irfan bila setiap masakan yang dimasak mendapat pujian. ahaks~...
Semalam menu - sup sayur, telur goreng (fav Irfan) dan ayam sambal. Irfan makan 2 pinggan. Sebelum tidur dia carik nasi lagi. Sedap sangat lah tu kan.

Hari ini pula, saya plan nak beli kat pasar malam sahaja. Tapi Irfan tak nak, dia asyik ulang makan macam semalam aja. Sebab itu lah saya singgah pasar beli ikan dan sayur sahaja.
Sampai umah.. bersilat di dapur... saya sempat siapkan sup ikan, sayur bendi, panaskan ayam sambal semalam dan telur goreng untuk Irfan. Hasil nya berbaloi sebab Irfan makan, abes 2 pinggan. Alhamdulilah...

Lepas isya'.. kena temankan Irfan tidur seawal jam 10 mlm.. Itupun jenuh juga dia nak pejam mata kerana melayan cite kartun dia. Saya pula kena korbankan masa menjahit saya. Harap2 semua tempahan siap tepat pada masanya nanti. Insya Allah.

Malam-malam sebegini, rasa sayu pula hati ini. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai muhasabah diri.
Sampai jumpa lagi ya. Insya Allah blog akan diupdate lagi. Terima kasih...

0 comments:

 
© free template by anjunglarik