Label Cloud

Selamat Hari Raya ~ Maaf Zahir dan Batin

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia..

Belum terlambat lagi bah kan, untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung visitmall.blogspot ini.
Selain itu ~ Selamat Menyambut Kemerdekaan kali ke-54 buat semua.

Kesibukan sepanjang bulan ramadhan lalu menyebabkan blog ini tidak 'berupdate'. Terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Bahkan menjelang hari lebaran pun saya masih terhegeh-hegeh menyiapkan tempahan raya. Alhamdullilah, segala tempahan berjaya disiapkan. Kepada semua pelanggan-pelanggan saya, semoga anda semua bergembira dan selesa melaram dengan baju raya anda ye. Sayanggg anda semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan saya. Jika ada yang tersilap jahit ke atau tidak memuaskan hati anda, saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Segala kesilapan bukan disengajakan, saya berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi ya. Harap-harap tiadalah pelanggan yang tak puas hati, kerana motto perkhidmatan saya adalah 'kepuasan untuk semua'.. chewahh... ada plak moto-moto ye.. ingat motosikal ke?

Alhamdullilah...
Sekali lagi saya mengucap syukur kepadaNYA, kerana selepas raya ini pun rezeki saya masih lagi murah. Ini kerana masih ada lagi pelanggan yang menghantar tempahan. Insya Allah.. tempahan anda semua akan disiapkan secepat mungkin ye.

huhu...
korang rasa tak sesuatu yang pelik dengan entry di atas?
yaa... saya menulis dalam bahasa yang penuh. Saya ingin mendokong saranan menteri berkenaan~ untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Jadi mulai hari ini, Insya Allah saya akan menulis menggunakan bahasa yang betul. Kalau ada kesilapan, sila betulkan saya ye.

Jumpa lagi di 'entry' akan datang.

0 comments:

 
© free template by anjunglarik