Label Cloud

Iklan ~ Untuk Pelajar Sekolah Rendah sahaja...

Assalamulaikum w.b.t;

Salam 1Malaysia.
Baru sebentar tadi saya membaca berita harian online. Masa membaca, saya terjumpa artikel ini yang ditulis oleh Saudari Khairunnisa Kamarudin...
Jadi kepada sesiapa cikgu-cikgu sekolah rendah atau pelajar sekolah rendah boleh lah menyertai cabaran ini ye.. Hadiah lumayan menanti anda...

'Cabaran Sekolahku Generasi Membina' bermula
Oleh Khairunnisa Kamarudin
2011/09/29

HADIAH bernilai sehingga RM61,000 menanti murid-murid seluruh negara yang bertuah memenangi pertandingan 'Cabaran Sekolahku Generasi Membina' yang kini bermula sehingga 31 Oktober ini.

Pertandingan anjuran jenama minuman susu terkenal, Dutch Lady Milk Industries dengan kerjasama Berita Harian menerusi akhbar sisipan Didik bertujuan memupuk kemahiran kreatif dalam kalangan murid peserta dengan mencipta infrastruktur menarik, selain mendidik amalan kitar semula.
Melalui pertandingan ini, murid diminta menghasilkan sebarang bentuk bangunan atau infrastruktur bangunan mengikut kreativiti menggunakan kotak susu Dutch Lady School terpakai.
Pemenang utama akan menerima RM10 000 dan RM10 000 untuk sekolah mereka, manakala tempat kedua kedua dan ketiga masing-masing bakal menerima RM5 000 dan RM3 000.

Pemenang utama berpeluang melawat ladang tenusu dianjurkan Dutch Lady Malaysia menerusi Program Pembangunan Tenusu Dutch Lady bagi mendedahkan kaedah penghasilan susu.

Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah seluruh negara dan mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya 20 orang murid dalam satu pasukan. Setiap penyertaan perlu mendapat sokongan daripada pihak pengurusan sekolah.

Penganjur akan memilih 50 sekolah yang menghantar penyertaan terawal, masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM500 setiap satu.
Borang penyertaan boleh didapati di laman web Dutch Lady Malaysia, www.dutchlady.com.my, guru sekolah atau sisipan Didik.

0 comments:

 
© free template by anjunglarik