Label Cloud

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon PMR seluruh Malaysia. Semoga anda berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Minggu ini saya akan mengawas peperiksaan PMR di sebuah pusat peperiksaan yang berhampiran dengan sekolah saya. Saya begitu teruja nak mengawas peperiksaan pada kali ini kerana pada kali ini ada sesuatu yang istimewa. Saya akan ceritakan kemudian ye... kerana masa ni semua maklumat adalah SULIT..

Minggu ni juga saya kena siapkan soalan peperiksaan akhir tahun bagi mata pelajaran yang saya ajar. Sebenarnya soalan sudah siap, sekarang ni dalam proses menyemak dan meng'edit'.. Proses yang penting kerana untuk mengurangkan ralat. Insya Allah sebelum berakhir minggu ini, kertas soalan akan diserahkan kepada Ketua Panitia dan dihantar untuk rezo. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian. Minggu ini kemungkinan aktiviti menjahit akan tertangguh. Insya Allah saya akan cuba untuk mencuri masa untuk menyiapkan segala tempahan. Minta maaf ye.

Ok jumpa lagi...

0 comments:

 
© free template by anjunglarik