Label Cloud

Demam laa pulakk..~

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia..

Hujung minggu nie plan memacam tapi tu la kita merancang Allah yang menentukan. Sejak balik dari taklimat hari tu, badan ni rasa macam tak berapa sedap jek. Mungkin disebabkan keadaan dewan taklimat tu terlampau sejuk, sebab tu lah badan macam tak sedap. Hari rabu masa cuti pertabalan DYMM tu badan ni dah memang lemah, terbersin-bersin. haa itu tandanya nak selesema kan. Hari khamis, badan ni masih boleh bertahan. Tahan juga la pergi sekolah. hari jumaat, tu diaa badan dah lemah, hidung pun dah tersumbat. rasa macam nak mc tapi saya ni teringatkan member baik saya. dia nie memang tak pernah mc masa kerja.. jadi saya jadikan dia sumber kekuatan saya. Tahan aja laaa pegi juga kerja.

Petang tu masa pegi amik irfan, kebetulan sekolah dia buat majlis marhajan ( sorry laa lupa plaak nama dia, tapi ala2 cam hari usahawan lah) masa tu panas terik gileeee.. tapi dek nak puaskan hari irfan, saya pun ngekor dia dari hujung ke hujung gerai tu. Bayangkan keperitan tu ditambah dengan badan yg sudah lemah nie. huhuhu.. sampai rumah, terus dumm.... penat + lemah. Malam tu apa lagi, terbaring lemah.. nasib baik le kekasih cerahku balik awal. Sumber kekuatanku.

Hari ni, lepas subuh, dh plan nk pegi jogging tapi badan still lemah. jadi hari nie terbaring la kat umah aje. Harap2 lepas ni badan makin kuat dan boleh siapkan baju kawan saya tu. Insya Allah, moga Allah bagi kekuatan pada diriku. AMIN...

0 comments:

 
© free template by anjunglarik