Label Cloud

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON PENGELUARAN KESIHATAN MELALUI KWSP

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...

Saya terbaca tentang artikel ini dalam Berita Harian, Sabtu, 21 September 2013. Info ini amat berguna kepada sesiapa yang ingin memohon untuk pengeluaran untuk tujuan kesihatan. Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu rakan-rakan di luar sana yee...




     Seiring dengan perubahan gaya hidup masyarakat moden masa kini, kos sara hidup juga semakin meningkat. Sehubungan itu,  kos rawatan kesihatan turut meningkat menyebabkan ramai dalam kalangan rakyat yang menangguhkan rawatan penyakit yang dihadapi mereka sehingga ia menjadi kritikal. Oleh itu, bagi mereka yang tidak mendapat perlindungan kesihatan sepenuhnya daripada majikan atau insurans, Pengeluaran Kesihatan yang diperkenalkan oleh KWSP merupakan salah satu alternatif untuk membantu anda membiayai kos rawatan anda atau keluarga.

SIAPA BOLEH MEMOHON UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN INI?
Jika anda belum mencapai usia 55 tahun dan mempunyai baki dalam Akaun 2, anda boleh memohon untuk membuat pengeluaran ini bagi membiayai kos rawatan penyakit kritikal yang anda atau ahli keluarga anda hidapi.

BOLEHKAH PENGELUARAN DIBUAT UNTUK MEMBIAYA KOS RAWATAN PENYAKIT PASANGAN?
Ya, kelayakan bagi pengeluaran ini bukan sahaja terbuka kepada ahli tetapi juga pasangan, ibu  bapa, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, ibu bapa mertua, adik beradik, anak, anak tiri dan anak angkat.

PENYAKIT APAKAH YANG DILINDUNGI DI BAWAH PENGELUARAN KESIHATAN INI?
Pengeluaran ini diperkenalkan untuk membantu ahli KWSP membiayai kos perubatan bagi penyakit-penyakit kritikal  yang mungkin tidak dilindungi di bawah perlindungan kesihatan yang disediakan oleh majikan anda. Pengeluaran ini merangkumi penyakit-penyakit kritikal seperti pemindahan organ utama, pembedahan pintasan koronori, sklerosis berganda, angin ahmar dan kanser. Senarai penuh penyakit kritikal yang diluluskan boleh diperolehi daripada laman web www.kwsp.gov.my

APAKAH KEKERAPAN YANG DIBENARKAN BAGI PENGELUARAN INI?
Anda boleh memohon untuk membuat pengeluaran bagi membiayai kos perubatan rawatan penyakit kritikal selagi Akaun 2 anda masih mempunyai baki, tertakluk kepada jumlah kelayakan maksimum pengeluaran.

BOLEHKAH SAYA MEMOHON UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN INI JIKA KOS PERUBATAN SAYA TELAH DITANGGUNG OLEH MAJIKAN?
Tidak boleh. Bagaimanapun, jika amaun pembiayaan kesihatan yang disediakan oleh majikan tidak mencukupi, anda boleh memohon untuk membuat pengeluaran bagi menyelesaikan baki kos perubatan yang perlu dibayar.

BERAPAKAH JUMLAH YANG BOLH DIKELUARKAN?
Jumlah yang boleh dikeluarkan daripada simpanan KWSP anda adalah jumlah kos rawatan perubatan sebenar atau semua simpanan dalam Akaun 2, mengikut mana yang lebih rendah. Jika majikan hanya membiayai sebahagian dariapda kos rawatan perubatan, anda boleh membuat pengeluaran mengikut jumlah baki kos perubatan yang tidak ditanggung oleh majikan, bergantung kepada baki Akaun 2 anda.

JADI BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMOHON PENGELUARAN INI?
Anda perlu melengkapkan Borang KWSP 9D(AHL) dan mengemukakan salinan kada pengenalan yang telah disahkan, laporan pakar perubatan yang dikeluarkan oleh hospital atau institusi perubatan, bil dan resit bayaran asal rawatan perubatan yang dikeluarkan oleh hospital atau institusi perubatan bertarikh tidak melebihi satu tahun dari permohonan dan surat pengesahan majikan mengenai tanggungan kos perubatan. Bagi rawatan perubatan di luar negara pula, anda perlu mengemukakan surat perakuan doktor yang merawat anda di negara berkenaan.
Untuk rawatan perubatan ahli keluarga, anda juga perlu mengemukakan bukti pertalian di antara anda dan pesakit tersebut serta buku akaun bank atau penyata akaun yang masih aktif.

BAGAIMANA PEMBAYARAN AKAN DIBUAT?
Bagi rawatan dalam negara, bayaran dbuat melalui cek jurubank di atas nama hospital setelah bil rawatan asal diterima. Bayaran untuk rawatan di luar negara juga turut dibuat melalui cek jurubank tetapi di atas nama ahli berdasarkan jumlah anggaran kos perubatan yang dibuat. Bagi pembayaran balik, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun ahli.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Kesihatan, sila hubungi pejabat KWSP terdekat atau layari www.kwsp.gov.my




0 comments:

 
© free template by anjunglarik