Label Cloud

Majlis Hi-Tea BKGK SMK Shahbandaraya 2013

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia..

Petang tadi telah berlangsungnya majlis hi-tea dan juga jamuan akhir tahun bagi warga guru dan kakitangan sekolah SMK Shahbandaraya.
Majlis ini berlangsung di Quality Hotel Shah Alam bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang tadi.
Majlis anjuran BKGK (Kelab Guru SMK Shahbandaraya) ini amat meriah dengan kehadiran para pentadbir, AJK PIBG, guru-guru dan juga kakitangan sekolah. Bertemakan 'International Tradiational', majlis ini meriah dengan pelbagai ragam dan pakaian tradisi antarabangsa yang digayakan oleh para guru dan kakitangan. Semasa majlis berlangsung beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu penyampaian Hadiah Anugerah Khas Pengetua dan juga cabutan tiket bertuah. Tahniah kepada para guru yang bertuah dengan memenangi hadiah-hadiah tajaan.

Sekitar majlis tersebut:
                           Back drop majlis dan beberapa menu yang disediakan. Terima kasih Pn. Saerah berkongsi gambar.
                                 Tahniah kepada Pn. Nazarosima telah memenangi cabutan utama tiket bertuah.

                                         Antara gelagat guru dan kakitangan sekolah yang hadir.

 Masing-masing mendengar ucapan pengetua Pn. Hjh Zanariah bt Ibrahim dengan khusyuk.





0 comments:

 
© free template by anjunglarik